Isnin, Mac 07, 2011

Kata Adjektif - Membina Cerita Ringkas

Salam sejahtera, murid-murid yang bijaksana.

Cikgu harap kamu semua sudah pun melihat Slaid Powerpoint "Contoh-contoh Kata Adjektif" dan "Jenis-jenis Kata Adjektif".

Sekarang, Cikgu pasti kamu mampu mengenal pasti Kata-kata Adjektif, serta dapat menggunakan Kata Adjektif yang sesuai untuk membantu kamu dalam penulisan.

Perhatikan gambar yang di bawah ini. Bagaimanakah kamu boleh mencipta sebuah cerita ringkas mengenai lelaki ini?














* Kamu boleh senaraikan terlebih dahulu
  seberapa banyak kata-kata adjektif yang boleh 
  kamu fikirkan tentang lelaki ini *


Sebuah contoh Cerita Ringkas tentang lelaki ini boleh berbentuk seperti yang berikut:-


Kamu pasti dapat menghasilkan sebuah cerita ringkas yang lebih menarik dari yang ini. Cikgu harap kamu sudah faham bagaimana caranya untuk mengembangkan cerita dengan menggunakan Kata Adjektif, terutama sekali dalam penulisan karangan kamu.

Kamu boleh melihat contoh-contoh gambar yang lain di dalam Slaid Powerpoint yang ketiga iaitu slaid "Cerita Ringkas".

Kemudian, kamu dikehendaki menyelesaikan Latihan 2 (halaman 45) dan Latihan 3 (halaman 46) di dalam Buku Aktiviti Mekar 4A kamu.


Sementara itu, apakah kata-kata adjektif yang boleh kamu fikirkan tentang gambar di bahawa ini? Sila berikan sekurang-kurangnya tiga perkataan sebagai jawapan kamu, dalam bentuk komen di bawah.
Selamat mencuba!!!

Isnin, Mac 08, 2010

Mari Menonton Video

Tontonilah Video Ini!
Salam sejahtera murid-murid.
Diharapkan murid-murid di dalam keadaan yang sihat.
Cikgu harap murid-murid dapat memperoleh ilmu yang baru selepas membuat latihan ini.
Pagi ini, kita akan mulakan pelajaran Bahasa Melayu dengan menonton sebuah video yang bertajuk 'Satu Penyesalan'. Selepas menonton video ini, murid-murid harus membuat tugasan berdasarkan arahan yang diberi.

Arahan:

(1) Kamu dikehendaki membuat ulasan tentang cerita yang baru ditonton ini. Mulakan cerita kamu dengan ayat berikut:-

Cerita ini mengenai seorang budak lelaki yang bernama Azwan. Azwan seorang murid ...

(2) Selain daripada mengintip siapakah yang mencuri barang-barang di dalam kelas, berikan satu lagi cara yang terbaik untuk menangkap pencuri di kelas tersebut.

(3) Apakah pengajaran yang telah kamu perolehi selepas menonton cerita ini?

Terdapat dua cara untuk membuat tugasan ini:

1) Menaip latihan ini di Mircrosoft Word dan e-mel kan di alamat cikguhartini@yahoo.com.sg

atau

2) Menulis di sekeping kertas tulis dan menghantarkannya kepada guru Bahasa Melayu kamu keesokan harinya.

Cikgu harap kamu dapat membuat latihan ini dengan baik. Selamat mencuba!

Khamis, November 05, 2009

Mat Jenin....

Ada seorang pemuda kampung bernama Mat Jenin. Dia amat suka berangan-angan.
Pada suatu hari, seorang pak cik menyuruh Mat Jenin memanjat tiga puluh batang pokok kelapa untuk mendapatkan buah kelapanya. Pak cik itu berjanji jikalau Mat Jenin menjalankan tugas itu, dia akan memberi Mat Jenin tiga biji kelapa sebagai upah.

Mat Jenin pun memanjat pokok kelapa itu. Semasa memanjat, dia berangan-angan. Dalam anganannya itu, dia berkahwin dengan seorang puteri raja. Akibat perbuatannya yang seperti membuang garam ke laut itu, akhirnya, Mat Jenin terjatuh lalu mati.
Cerita ini membawa pengajaran kepada kita agar jangan suka membuat kerja yang tidak mendatangkan faedah. Hanya membuang masa dan tenaga. Malah akan merugikan diri sendiri.


Hasil Kerja,
Syarifah Nur Binte Muhd Ayob (4-4)
Sekolah Rendah New Town

BAWANG PUTING BAWANG MERAH


Bawang Putih dan Bawang Merah tinggal serumah. Mereka adik-beradik tiri. Bawang Putih cemburu dengan kecantikan Bawang Merah. Oleh kerana iri hati, Bawang Putih dan ibunya sering menganiaya Bawang Merah. Bawang Merah seorang gadis yang penyabar.
Pada suatu hari, ibu Bawang Putih telah menolak ibu Bawang Merah ke dalam telaga. Peristiwa ini membuat Bawang Merah sungguh hiba.

Menurut cerita, ibu Bawang Merah bertukar menjadi seeokor ikan kaloi. Malangnya, ikan itu dimasak ibu Bawang Putih dan Bawang Merah telah memakannya.
Walaupun cerita ini sedih, akhirnya Bawang Merah dapat berkahwin dengan seorang putera raja.


Hasil Kerja,
Nur Azeeanti (4-5)
Sekolah Rendah New Town

Jumaat, Mei 22, 2009

Pantun Nasihat

Adik-adik dengarlah sini,
Mari mendengar nasihat saya,
Bersopan-santun setiap hari,
Berlatih dengan ibu bapa.


Mari kawanku jangan malu,
Perbaiki diri amat perlu,
Dengar nasihat ibu kamu,
Supaya tidak dimarahi ibu.

Pantun ini dibuat dari Bamilia dan Sahrah (4-2)

Pantun Melayu

Nasi Ayam, Nasi Briyani,
Sedap dimakan dengan kari,
Janganlah kita hidung tinggi,
Nanti kita sendiri yang rugi,

Cerita Mat Jenin menjadi taladan,
Janganlah kita berangan-angan,
Sebelum melintas ikut peraturan,
Kalau tidak terjadi kemalangan,

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Hidup mesti penuh bistari,
Kalau tidak ilmu semua hilang.


Pantun ini dibuat oleh Syamimi & Syarifah Nur (4-4)